1. PENGENALAN ETNIK MINANGKABAU
Orang
Minangkabau atau minang adalah kumpulan etnik Nusantara yang berbahasa dan
menjunjung adat Minangkabau . Orang Minangkabau adalah berasal dari Sumatra . Kebanyakkan mereka terlibat dalam perniagaan dan pertanian . Di Tanah Melayu
tumpuan mereka adalah di Negeri Sembilan dan Melaka di mana mereka dikenali
sebagai pengamal Adat Perpatih . Perkataan Minangkabau merupakan gabungan dua
perkataan , iaitu , minang yang
bermaksud “menang” dan kabau untuk
“kerbau”.
2. MITOS ATAU LAGENDA
Menurut
lagenda , nama ini diperolehi daripada peristiwa perselisihan diantara kerajaan Minangkabau dengan seorang putera dari Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di
melayu . Untuk mengelakkan diri mereka daripada berperang , rakyat Minangkabau
mencadangkan pertandingan beradu kerbau diantara kedua pihak. putera tersebut
bersetuju dan menonjolkan seekor kerbau yang besar dan ganas . Rakyat setempat
pula hanya menonjolkan seekor anak kerbau yang lapar tetapi dengan tanduk yang
telah ditajamkan . Semasa pertandingan , anak kerbau yang kelaparan dengan
tidak sengaja telah merodok tanduknya diperut kerbau putera itu kerana ingin
mencari puting susu untuk menghilangkan kelaparannya . Kerbau putera tersebut
mati dan rakyat tempatan berjaya menyelesaikan perselisihan mengenai tanah
dengan aman .
3. ADAT
Adat
yang diamalkan di Minangkabau ini dipercayai bermula sebagaimana yang disebutkan
di dalam pantun adat dibawah :
“ Aku Hilir Ke
Inderageri,
Semalam di Padang
Panjang,
Dimana adat mula
berdiri,
Di Periangan, Padang
Panjang”
Diasaskan
oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari pagar ruyung, Sumatera dan
dibawa ke tanah melayu oleh orang Minangkabau .
Dari
segi politik adat Perpatih bersifat demokrasi, iaitu perlantikkan pemerintahan
dibuat dari bawah, iaitu Anak buah memilih buapak, buapak memilih lembaga ,
lembaga memilih undang dan undang akan melantik
Yamtuan Besar (Raja) . Ini bermakna Yamtuan Besar tidak mempunyai hak
dalam soal perlantikkan pembesar kerana perlantikkan itu dibuat oleh para
pembesar yang berada di Hieraki yang lebih ke bawah .
Soal
perkahwinan adat perpatih mengamalkan eksogami iaitu tidak membenarkan
perkahwinan sesama suku . Selepas berkahwin , si suami akan meninggalkan
keluarganya kerana si isteri akan membawanya tinggal di rumah pusaka atau rumah
sendiri yang dibina berhampiran rumah pusaka ibu si isteri .
Adat
ini juga bersifat Matriarchal / Matrilineal , iaitu mengutamakan kedudukan
wanita . Wanita dianggap sebagai pengasas suku . Harta pusaka turun-temurun
adalah kepunyaan suku . pewarisan harta diberatkan disebelah ibu dan anak
perempuan menjadi asas wujudnya suku dan ini menjadikan wanita kaya dan
berkuasa . Si suami tidak berhak keatas harta pusaka .
4.
BUSANA ADAT MINANGKABAU
4. BUSANA ADAT MINANGKABAU
Keunikan
pakaian tradisional Minang ini terletak pada hiasan kepala wanita Minang yang
dipanggil Tengkolok Tanduk .
Tengkolok
Tanduk seperti tanduk kerbau ini merupakan simbol atau lambang masyarakat
Minang khususnya di Negeri Sembilan . tanduk kerbau sememangnya mempunyai
hubungan erat dengan nama Minangkabau dimana ia berkisah mengenai peristiwa “Menang Kerbau” .
Manakala
bagi golongan lelaki pula , mereka akan mengunakkan pakaian yang meyerupai Baju
Sikap yang dipakai sebagai sut berlima yang mengandungi jaket sederhana
labuh yang dipadankan dengan samping dan tengkolok .
5.
BAHASA ATAU DIALEK MINANGKABAU
Bahasa
minangkabau atau dalam bahasa asal , Baso Minang adalah sebuah bahasa
Austronesia yang dituturkan oleh kaum Minangkabau di Sumatera Barat dan di
barat Riau dan juga oleh mereka yang telah merantau ke banda-bandar lain di
Indonesia . selain itu , bahasa Minangkabau juga dituturkan di Negeri Sembilan
.
BASO MINANG
|
BAHASA MELAYU
|
Rang , aden
|
Aku
|
Awak , wa‘ang
|
Kamu
|
Inyo
|
Dia
|
Ciek , duo ,
tigo , ampek , limo , anam , tujuah , lapan , sambilan , sapuluah
|
Satu , dua ,
tiga , empat , lima , enam , tujuh , lapan , sembilan , sepuluh
|
Lalok
|
Tidur
|
6. PENUTUP
6. PENUTUP
Kesimpulannya
, negeri Sembilan sememangnya terkenal dengan adat dan kebudayaan warisan .
adat ini masih diamalkan terutama di beberapa kawasan seperti Kuala Pilah dan
Rembau . Adat warisan ini dipelihara bagi memastikan ianya tidak pupus ditelan
zaman .
Dalam
kesibukan mengejar kemajuan , warisan tinggalan nenek moyang tidak harus
dibiarkan hilang begitu sahaja tanpa diperturunkan kepada generasi yang baru
bak kata pepatah :
“ Biar mati anak ,
Jangan mati adat”
7.
RUJUKAN
cikguyatieishare.blogspot.my
Nazaruddin
Hj. Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Ismail Hj. Mohd Rashid.
(2001). Pengajian Malaysia. Petaling Jaya: Prentica Hall
Haji Alias Bin Abu Bakar (keturunan Minang)