Tuesday, 10 April 2018

Adat Minangkabau


1. PENGENALAN ETNIK MINANGKABAU


Orang Minangkabau atau minang adalah kumpulan etnik Nusantara yang berbahasa dan menjunjung adat Minangkabau . Orang Minangkabau adalah berasal dari Sumatra . Kebanyakkan mereka terlibat dalam perniagaan dan pertanian . Di Tanah Melayu tumpuan mereka adalah di Negeri Sembilan dan Melaka di mana mereka dikenali sebagai pengamal Adat Perpatih . Perkataan Minangkabau merupakan gabungan dua perkataan , iaitu , minang yang bermaksud “menang” dan kabau untuk “kerbau”. 





2. MITOS ATAU LAGENDA


Menurut lagenda , nama ini diperolehi daripada peristiwa perselisihan diantara kerajaan Minangkabau dengan seorang putera dari Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di melayu . Untuk mengelakkan diri mereka daripada berperang , rakyat Minangkabau mencadangkan pertandingan beradu kerbau diantara kedua pihak. putera tersebut bersetuju dan menonjolkan seekor kerbau yang besar dan ganas . Rakyat setempat pula hanya menonjolkan seekor anak kerbau yang lapar tetapi dengan tanduk yang telah ditajamkan . Semasa pertandingan , anak kerbau yang kelaparan dengan tidak sengaja telah merodok tanduknya diperut kerbau putera itu kerana ingin mencari puting susu untuk menghilangkan kelaparannya . Kerbau putera tersebut mati dan rakyat tempatan berjaya menyelesaikan perselisihan mengenai tanah dengan aman .      




3. ADAT 


Adat yang diamalkan di Minangkabau ini dipercayai bermula sebagaimana yang disebutkan di dalam pantun adat dibawah : 

“ Aku Hilir Ke Inderageri,
Semalam di Padang Panjang,
Dimana adat mula berdiri,
Di Periangan, Padang Panjang”

Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari pagar ruyung, Sumatera dan dibawa ke tanah melayu oleh orang Minangkabau .

Dari segi politik adat Perpatih bersifat demokrasi, iaitu perlantikkan pemerintahan dibuat dari bawah, iaitu Anak buah memilih buapak, buapak memilih lembaga , lembaga memilih undang dan undang akan melantik  Yamtuan Besar (Raja) . Ini bermakna Yamtuan Besar tidak mempunyai hak dalam soal perlantikkan pembesar kerana perlantikkan itu dibuat oleh para pembesar yang berada di Hieraki yang lebih ke bawah .

Soal perkahwinan adat perpatih mengamalkan eksogami iaitu tidak membenarkan perkahwinan sesama suku . Selepas berkahwin , si suami akan meninggalkan keluarganya kerana si isteri akan membawanya tinggal di rumah pusaka atau rumah sendiri yang dibina berhampiran rumah pusaka ibu si isteri .  

Adat ini juga bersifat Matriarchal / Matrilineal , iaitu mengutamakan kedudukan wanita . Wanita dianggap sebagai pengasas suku . Harta pusaka turun-temurun adalah kepunyaan suku . pewarisan harta diberatkan disebelah ibu dan anak perempuan menjadi asas wujudnya suku dan ini menjadikan wanita kaya dan berkuasa . Si suami tidak berhak keatas harta pusaka .  





4.  BUSANA ADAT MINANGKABAU


Keunikan pakaian tradisional Minang ini terletak pada hiasan kepala wanita Minang yang dipanggil Tengkolok Tanduk .

Tengkolok Tanduk seperti tanduk kerbau ini merupakan simbol atau lambang masyarakat Minang khususnya di Negeri Sembilan . tanduk kerbau sememangnya mempunyai hubungan erat dengan nama Minangkabau dimana ia berkisah mengenai peristiwa “Menang Kerbau” .

Manakala bagi golongan lelaki pula , mereka akan mengunakkan pakaian yang meyerupai Baju Sikap yang dipakai sebagai sut berlima yang mengandungi jaket sederhana labuh yang dipadankan dengan samping dan tengkolok .




5. BAHASA ATAU DIALEK MINANGKABAU


Bahasa minangkabau atau dalam bahasa asal , Baso Minang adalah sebuah bahasa Austronesia yang dituturkan oleh kaum Minangkabau di Sumatera Barat dan di barat Riau dan juga oleh mereka yang telah merantau ke banda-bandar lain di Indonesia . selain itu , bahasa Minangkabau juga dituturkan di Negeri Sembilan .


BASO MINANG
BAHASA MELAYU
Rang , aden

Aku 
Awak , wa‘ang

Kamu
Inyo

Dia
Ciek , duo , tigo , ampek , limo , anam , tujuah , lapan , sambilan , sapuluah

Satu , dua , tiga , empat , lima , enam , tujuh , lapan , sembilan , sepuluh
Lalok

Tidur




6. PENUTUP


Kesimpulannya , negeri Sembilan sememangnya terkenal dengan adat dan kebudayaan warisan . adat ini masih diamalkan terutama di beberapa kawasan seperti Kuala Pilah dan Rembau . Adat warisan ini dipelihara bagi memastikan ianya tidak pupus ditelan zaman .

Dalam kesibukan mengejar kemajuan , warisan tinggalan nenek moyang tidak harus dibiarkan hilang begitu sahaja tanpa diperturunkan kepada generasi yang baru bak kata pepatah :

“ Biar mati anak ,
Jangan mati adat”






7. RUJUKAN



cikguyatieishare.blogspot.my

Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Ismail Hj. Mohd Rashid. (2001).  Pengajian Malaysia. Petaling Jaya: Prentica Hall 

Haji Alias Bin Abu Bakar (keturunan Minang)

0 comments:

Post a Comment